Alien Says; assalamualaikum wbtAll about me
Assalamualaikum wbt, akhirnya blog ini diwujudkan sekali lagi setelah yang lama sudah dihapuskan kerana kemalasan dalam menaip dan bercerita semakin menjadi-jadi.
Hai, nama saya Mimi Azila Binti Abdul Rahman dan nama
panggilan yang telah diberikan kepada saya sejak dari kecil adalah mamai,
momoi, momot, mieya tapi orang selalu panggil saya mimi. Jadi panggil
saya mimi saja. Tanpa saja.
Saya dilahirkan pada 1 Ogos 1995 di Rancangan Sg Manila,
Sandakan Sabah. Orang selalu sangka saya lahir di sungai. Tetapi mereka silap.
Saya lahir di rumah atuk dan nenek tersayang saya.
Kami sekeluarga berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan sejak
tahun 1998 dan menetap disini sehingga kini dan mungkin selama-lamanya dan saya
juga merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Saya tak ada gambar bersama keluarga yang terkini sebab gambar-gambar yang diambil masa sekarang semuanya agak tidak menutup aurat. Agak segan sebenarnya. Jadi inilah gambar lama saya dengan yang terkini bersama keluarga dan sahabat tercintan yang agak menutup sedikit aurat. Dipersilakan.
Ini saya waktu kecik. Saya tak tahu umur berapa tapi agak comel sebenarnya kan... ;D
Masa ni saya ada rombongan tadika ke zoo negara. Mak ayah saya takut saya hilang. Jadi mereka pun ikut la sekali tengok binatang.
Ini adik bongsu dan kedua bongsu saya :D
Ni gambar mak ayah saya dengan atuk nenek saya :D
Jadi inilah kesemua adik-adik saya.
Ni ayah saya masa beliau masih seorang askar. Paling hensem tu bapak saya la tu.
Ini saya masa sekolah menengah di tingkatan lima. Makin tua makin kerepot.
Ini sahabat paling rapat paling baik paling bagus masa sekolah. Senang dirasai bersama. Susah ditinggalkan saja.
Akhirnya kini, saya menuntut ilmu di KPTM Bangi dan dikurniakan orang-orang tua ini.
|